JOHOR BAHRU: Seramai 30 individu termasuk remaja 16 tahun antara yang ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan berkumpul di tiga unit apartmen atas alasan menyambut Aidilfitri, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata 19 lelaki dan 11 wanita berumur antara 16 hingga 29 tahun itu, ditahan selepas polis membuat tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kira-kira 12.15 tengah malam.
Kesemua mereka dikompaun dengan nilai keseluruhan RM45,000.
Beliau berkata kesemua mereka dipercayai menyewa dua unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri dan sebuah lagi di Taman Jaya Putra, di sini, selama beberapa hari bagi menyambut perayaan berkenaan.
"Ketika serbuan mereka didapati berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka. Semua yang ditahan dikompaun kerana melanggar syarat PKP mengikut Peraturan 16 PPPDPB 2021 (Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021) dan tiada penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sementara itu, di SEREMBAN, Negeri Sembilan seorang pemilik kedai gunting rambut di Jalan Pasar Baru Bahau, Jempol, dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi SOP PKP 3.0 malam tadi dengan beroperasi lebih dari pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata ketika serbuan dilakukan, lelaki berumur 40 tahun itu masih menggunting rambut pelanggan meskipun masa sudah menunjukkan pukul 8.10 malam.
"Seorang lagi pelanggan sedang menunggu giliran untuk digunting rambut. Jika tiada pemeriksaan dijalankan berkemungkinan kedai berkenaan akan dibuka lebih lama selagi ada pelanggan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hoo berkata dua lelaki berumur 19 tahun yang juga pelanggan di kedai berkenaan turut dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka.
Waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang PKP 3.0 dibenarkan pada 8 pagi hingga 8 malam, berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Kesemua mereka dikompaun dengan nilai keseluruhan RM45,000.- Gambar hiasan/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.