Konsep menyewa penginapan untuk jangka panjang merupakan antara idea yang boleh dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia bagi perumahan keluarga, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Katanya, beliau telah salah digambarkan dalam video pendek oleh portal dalam talian, sebagai menggesa rakyat Malaysia supaya tidak membeli rumah, sebaliknya menggalakkan mereka untuk terus menyewa.
"Saya hanya menyuarakan idea mengenai penyewaan rumah atau penginapan rakyat sehinggalah mereka sudah benar-benar bersedia untuk mengambil tanggungjawab kewangan yang besar itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Johari berkata matlamat akhirnya ialah rakyat Malaysia perlu menilai sendiri gaya hidup mereka untuk melihat cara terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kemajuan negara.
"Bagi kerajaan, kami akan terus menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik dan menjayakan konsep bina dan milik," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada stigma penyewaan penginapan untuk keluarga bagi sepanjang hayat seseorang, kerana mereka tidak akan dibebani kewangan untuk membayar balik jika memiliki rumah.
Sudah menjadi budaya dalam kalangan rakyat apabila mula bekerja, sudah pasti melalui dua beban kewangan yang besar, iaitu pembelian kereta dan rumah.
"Walaupun komitmen kewangan untuk kereta sehingga sembilan tahun, bayaran rumah boleh berlarutan sehingga 30 tahun.
Rakyat Malaysia terlalu mengikat diri mereka kepada beban kewangan sejak peringkat awal kehidupan mereka, sedangkan sepatutnya mereka benar-benar dan ideal perlu menumpukan perhatian kepada membangunkan kerjaya," kata Johari.
Beliau memetik contoh negara maju di Eropah, di mana peratusan pemilikan rumah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, memandangkan minda pemikiran budaya yang berbeza.
Di Jerman, peratusan penduduk yang memilik rumah hanya 41 peratus, manakala di Switzerland angkanya lebih rendah pada 38 peratus.
"Jika kita ingin merealisasikan aspirasi TN50, sebahagian daripada proses itu kita perlu, mengubah pandangan hidup dan cara kita bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017
JOHARI: Saya hanya menyuarakan idea mengenai penyewaan rumah atau penginapan rakyat sehinggalah mereka sudah benar-benar bersedia untuk mengambil tanggungjawab kewangan yang besar itu.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.