Isu bayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop dari Korea Selatan akan tetap dijelaskan kepada rakyat supaya ia tidak disalah faham dan menimbulkan persepsi negatif, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata beliau akur kepada Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen yang melarang prosiding Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dilakukan di hadapan kamera, namun akan tetap mencari jalan agar penjelasan mengenainya sampai kepada rakyat.
"Saya akan menjelaskan kepada PAC, cuma nak cari jalan sama ada saya boleh maklumkan terus kepada media sebaik sahaja saya (selesai) menjelaskan (kepada PAC), saya tak mahu jadi mangsa kepada persepsi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemu bual secara langsung di TV1 dalam program 'Dialog' di Angkasapuri, di sini, Rabu malam.
Pada Selasa, Ahmad Shabery berkata RTM sedia menyiarkan secara langsung prosiding PAC membabitkan dirinya dalam isu itu sekiranya diberikan kebenaran.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata prosiding itu tidak boleh dilakukan di hadapan kamera kerana melanggar Perkara 85, Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen, kecuali mendapat kebenaran daripada Speaker Dewan Rakyat.
Ditanya sama ada beliau akan meneruskan usaha memohon kebenaran itu, katanya beliau akan berjumpa dengan pihak PAC terlebih dahulu bagi mendapat kebenaran mereka.
"Saya sudah bercakap dan telah mengutus surat kepada mereka (PAC) untuk panggil saya supaya disoal siasat. Saya difahamkan PAC akan bersidang dalam beberapa hari lagi, mungkin pada minggu hadapan bagi memutuskan perkara ini," katanya.
Sebelum itu, dalam program TV berkenaan, Ahmad Shabery berkata PAC adalah platform paling sesuai bagi menjelaskan isu berkenaan kerana ianya adalah satu jawatankuasa khas ditubuhkan di bawah Parlimen.
"Isu ini juga dibentangkan Audit di Parlimen, jadi PAC adalah forum paling sesuai...jawatankuasanya juga terdiri daripada (gabungan anggota Parlimen kerajaan dan) pembangkang, jadi biarlah saya disoal siasat, jika saya salah, biarlah saya bertanggungjawab," katanya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan (ketika itu Ahmad Shabery menjadi menterinya) membelanjakan RM1.6 juta berkenaan sempena Himpunan Jutaan Belia tahun lepas.
Bernama
Wed Oct 16 2013
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.