Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Pejabat Perdana Menteri berkata, Shabudin mengambil alih portfolio Datuk Eddin Syazlee Sith yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya susulan perletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.
“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini, 6 Julai 2020,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada 4 Jun lepas, Shahruddin mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta, atas alasan, membuat keputusan kurang tepat menyertai Kerajaan Perikatan Nasional.
"Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,
"Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14," katanya ketika itu.
BACA: Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan
Firdaus Azil
Mon Jul 06 2020
Shabudin (gambar) mengambil alih portfolio Eddin Shazlee yang kini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
"Pertuduhan ke atas saya untuk alih perhatian kegagalan kerajaan" - Wan Saiful
Wan Saiful dakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya juga dibuat secara tergesa-gesa.
Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes AMLA
Wan Saiful tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu bagi menghadapi lebih 10 pertuduhan pengubahan wang wang haram.
Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta
atuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
PH sombong, terpisah daripada rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful menzahirkan rasa kecewa dengan cara kerajaan campuran PH dan BN dalam menangani rintihan rakyat.
Shabudin Yahya dilantik sebagai Timbalan Menteri
Shabudin mengambil alih portfolio Eddin Shazlee yang kini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.
Shabudin nafi cadang perogol kahwin mangsa bawah umur
Semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa rogol sama ada atas persetujuan bersama atau sebalikya adalah satu perbuatan jenayah.
"Berkahwin dengan perogol, penderitaan yang tidak sudah"
Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya mengenai perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak.
Isu pembelian banglo: 'Saya tak minat layan sesi minum kopi', kata Shabudin kepada Guan Eng
Jemputan Guan Eng itu disifatkannya satu gimik politik murahan yang tidak menunjukkan kematangannya sebagai seorang ketua menteri.
Isu pembelian banglo: Guan Eng kecewa Shabudin enggan bersemuka
Guan Eng sebelum ini yakin tidak wujud sebarang unsur rasuah dan menyatakan kesediaan untuk menjelaskan isu berkenaan di dewan rakyat.