Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.
Katanya perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan.
"Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini.
Beliau juga menegaskan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi.
Dalam masa yang sama beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan.
Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapat diambil terutama dalam menangani pelanggaran undang-undang atau memberi bantuan kepada yang memerlukan, katanya.
Bernama
Sun Nov 17 2013
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
LRT Bertembung: 3 mangsa keluar ICU, dalam pemantauan pakar bedah saraf
Menurut Datuk Seri Wee Ka Siong, ketiga-tiga mangsa itu menunjukkan perkembangan positif.
4,615 insiden keselamatan siber dilapor sejak Januari hingga Mei
Sebanyak 4,615 insiden keselamatan siber dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Siasatan tragedi SUKE siap dalam tempoh sebulan - JKKP
Siasatan melibatkan pemerhatian dan penelitian di lokasi kejadian, mengambil keterangan saksi dan melakukan analisis kejuruteraan forensik bagi melengkapkan proses siasatan.
Iglu buatan sendiri runtuh, kanak-kanak 7 tahun maut
Difahamkan, iglu berkenaan dibina kanak-kanak itu dengan bantuan bapanya.
Jatuh, maut di sekolah: Guru besar atau pengetua wajar didakwa
Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada warga sekolah sama ada guru, kakitangan mahupun pelajar adalah membimbangkan dan amat dikesali.
Sekurang-kurangnya dua cedera letupan di Jakarta
Letupan berlaku ketika Tentera Nasional Indonesia sedang menjalankan aktiviti sukan.
Kebocoran bahan radioaktif di Gudang Pos Aviation, Sepang
Pihak Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM ) ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian berkenaan dan kini siasatan sedang dijalankan.
Lokman Adam didakwa Khamis
Lokman turut memberitahu, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh.
Insiden kuil: Jangan keluarkan kenyataan tidak tepat - KPN
Ketua Polis Negara menggesa orang ramai, khususnya ahli-ahli politik supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman.
GMMF kutuk insiden serangan di Indonesia
Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan pengecut oleh pengganas di Indonesia.