awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Shahidan, turun lihat sendiri paras air di kolam tadahan Bukit Merah' - Zambry

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/04/2016
05:38 MYT
'Shahidan, turun lihat sendiri paras air di kolam tadahan Bukit Merah' - Zambry
Shahidan diminta datang melihat sendiri keadaan sebenar paras air yang semakin susut dan kritikal di kolam tadahan air Bukit Merah (gambar). -Foto fail
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya melihat sendiri keadaan sebenar paras air yang semakin susut dan kritikal di kolam tadahan air Bukit Merah.
Menurut Zambry, kenyataannya sebelum ini yang menyebut bahawa Perak mungkin akan memohon kerajaan Persekutuan mengisytiharkan kawasan Bukit Merah sebagai kawasan bencana adalah kerana keadaan paras air di kolam tadahan berkenaan yang semakin kritikal.
Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Shahidan yang telah memberi maklum balas untuk datang ke Bukit Merah bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku.
"Saya telah menyatakan bahawa kenyataan yang saya buat ini bukanlah bertujuan untuk kita saling berbeza pandangan.
"Saya buat kenyataan ini memandangkan keadaan di Bukit Merah yang semakin serius berdasarkan laporan yang diberikan kepada kerajaan negeri tentang air yang semakin susut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa.
Menurut beliau, langkah segera perlu dibuat termasuk langkah membantu pesawah-pesawah yang terjejas untuk mengusahakan hampir 5,000 hektar sawah padi di sekitar kawasan Semanggol dan Selinsing.
Zambry turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri sering kali berhubung rapat dalam memberikan maklum balas tentang keadaan yang berlaku tetapi untuk membuat pengisytiharan tentang kawasan bencana atau tidak, ia terletak di bawah Unit Bencana Alam di Jabatan Perdana Menteri.
"Jadi saya harap ia akan dilaksanakan dengan kadar yang segera kerana semalam saya dapati laporan yang saya terima keadaan paras air di kolam tadahan air Bukit Merah semakin susut,'' ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bukit Merah
#kolam tadahan
#paras air susut
#Shahidan Kassim
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan