Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan membuat penghantaran jelik dan membuat kenyataan yang boleh mengakibatkan kegentaran awam di laman Facebooknya, berhubung pendakwaan kes melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tertuduh yang berusia 54 tahun membuat pengakuan tersebut, selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Shamsubahrin didakwa secara sedar telah memuat naik video dan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya, dengan niat untuk menganiaya orang lain melalui perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Shamsubahrin Ismail’, pada 8.54 malam, 20 April lepas.
Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pada 11 malam, tarikh sama.
Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi itu dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah membuat kenyataan sama menerusi akaun Facebook miliknya, yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam di sekitar Jalan Ampang pada tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua serta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa hantaran di laman sosial sepanjang kes berjalan.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar merayu jaminan yang rendah, dengan alasan anak guamnya kini menghidapi penyakit kanser tahap empat.
“Tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga yang menanggung lima anak termasuk ibu dan ibu mentuanya. Beliau juga adalah seorang aktivis yang memperjuangkan nasib pemandu teksi,” katanya.
Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua, serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat hantaran lain di laman sosial, sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020

Shamsubahrin yang diwakili peguam Mohd Haijan merayu jaminan yang rendah, dengan alasan anak guamnya kini menghidapi penyakit kanser tahap empat. - Gambar fail
Rusia sedia berunding dengan Ukraine tanpa prasyarat
Menurut jurucakap Presiden, Dmitry Peskov, Putin telah berulang kali menyatakan perkara tersebut bahawa mereka sedia menjalankan perbincangan.
Hamas setuju bebaskan semua tebusan
Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai "sangat penting" untuk memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
Selangor teliti wajibkan mesin AED di tempat awam
Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam dan tumpuan umum.
KBS fokus usaha lawan ketagihan, masalah mental
Penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa kepada masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.

Dua NADI sedang dalam pelaksanaan di Sabah - Fahmi
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini.
AWANI Ringkas: Ketagihan vape & masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyokong 'hooligan' perlu ubah sikap - Hannah
Segelintir penyokong bola sepak yang hadir ke stadium dengan hasrat untuk mencetuskan kekecohan perlu mengubah sikap mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.

Ahli Kongres AS kecam kurang kebertanggungjawaban terhadap pembunuhan aktivis di Tebing Barat
Aysenur Ezgi Eygi dibunuh tentera Israel pada 6 Sept semasa menyertai protes aman terhadap penempatan haram Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Aktivis berusaha tamatkan pembiayaan awam penternakan "kejam" sotong kurita
Sotong kurita dikatakan tertakluk kepada penternakan yang "kejam dan tidak mampan", menurut Compassion in World Farming (CIWF).

India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.

14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.

20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.

Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.

Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.

Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.

Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.