awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Fareez Azman
Fareez Azman
03/08/2021
10:16 MYT
Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keputusan dan pendirian UMNO.
"Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.
"Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau dalam masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
"Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar," jelas Shamsul lagi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#letak jawatan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#UMNO
#ahli Parlimen
#Lenggong
#mkt
#Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan