awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Iskandar dilantik Bendahari CPA

Bernama
Bernama
01/10/2019
21:10 MYT
Shamsul Iskandar dilantik Bendahari CPA
Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya kini merupakan Pengerusi CPA Cawangan Malaysia dan ahli lembaga Rangkaian Parlimen mengenai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. - Gambar fail
Anggota Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) telah mengesahkan pelantikan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Bendahari CPA yang baharu.
Pelantikan itu disahkan semasa Perhimpunan Agung ke-64 CPA di Uganda yang berlangsung dari 22 hingga 29 Sept.
CPA dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Bernama berkata bendahari, yang merupakan ahli Persatuan yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Eksekutif, dilantik selama tiga tahun oleh Perhimpunan Agung dan bekerjasama dengan Setiausaha Agung CPA dan Sekretariat Ibu Pejabat CPA untuk memantau kewangan persatuan.
"Bendahari CPA juga menyertai Lembaga Pemegang Amanah persatuan," kata kenyataan itu.
Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya kini merupakan Pengerusi CPA Cawangan Malaysia dan ahli lembaga Rangkaian Parlimen mengenai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Rangkaian Parlimen adalah platform untuk ahli parlimen di seluruh dunia memperjuangkan usaha meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam institusi kewangan antarabangsa dan pembiayaan pembangunan multilateral.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#akauntabiliti
#Bendahari CPA
#CPA
#institusi kewangan
#ketelusan
#lembaga pemegang amanah
#memantau kewangan
#Parlimen
#Persatuan Parlimen Komanwel
#Rangkaian Parlimen
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan