KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengemukakan notis tuntutan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, supaya memohon maaf tanpa syarat berhubung hantaran berunsur fitnah di Facebook yang mendakwa beliau (Shamsul Iskandar), melakukan penyelewengan dana awam.
Menurut peguam Datuk SN Nair, anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta dan memadamkan komen yang menyinggung perasaan dan bersifat memfitnah.
Beliau berkata anak guamnya juga menuntut aku janji bertulis daripada Badrul Hisham, untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam hantaran Facebook tersebut.
"Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh lima hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Badrul Hisham.
"Anak guam kami juga mengarahkan kami untuk menuntut ganti rugi atau pampasan RM5 juta daripada Badrul Hisham atas kecederaan teruk dilakukan ke atas reputasi anak guam," kata peguam itu.
Notis tuntutan itu mendakwa pada 5 Jan lepas, Badrul Hisham telah menerbitkan atau menyebabkan penerbitan suatu hantaran melalui akaun Facebooknya di bawah nama 'Che GuBard' yang telah menerima 803 reaksi, 146 komen dan 274 perkongsian setakat tarikh surat ini.
Nair berkata hantaran itu merupakan kenyataan-kenyataan fitnah yang membawa maksud, antaranya Shamsul Iskandar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan penyelewengan dana awam, seorang yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
"Selain itu, kenyataan tersebut membawa maksud anak guam kami (Shamsul Iskandar) seorang yang korup dan telah melakukan jenayah, seorang yang licik dan menggunakan taktik kotor, seorang yang memanipulasikan orang lain serta tamak," kata Nair.
Menurut Nair, kenyataan fitnah itu tidak benar, berniat jahat serta penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran moral dan undang-undang di pihak anak guamnya dan pada dasarnya telah dilakukan dalam usaha untuk mencari publisiti murahan untuk meraih manfaat dan tujuan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Shamsul Iskandar menuntut Badrul Hisham memohon maaf tanpa syarat berhubung hantaran berunsur fitnah di Facebook. - Gambar fail
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat
Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
Program 'Suara Anak MADANI' temui penonton mulai 7 Dis
Program 20 episod itu akan disiarkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
PKR kecam kejahatan, hipokrasi Israel, AS dan sekutu
PKR mengecam kejahatan dan hipokrasi Israel, AS dan sekutu mereka termasuk Kesatuan Eropah susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di utara Gaza oleh Rejim Zionis Israel.
Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar
Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Shamsul Iskandar.
Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan dakwaan Zaki Yamani mempunyai kaitan dengan beliau atau Pejabat Perdana Menteri.
Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya
Shamsul yang mendapat 379 undi tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim yang memperolehi 488 undi di cabang Hang Tuah Jaya
Pemilihan PKR: MB N. Sembilan tanding Ketua Cabang Port Dickson
Shamsul Iskandar mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang di Jasin sebaliknya akan bertanding di Cabang Hang Tuah Jaya.
PRN Melaka: Calon PH DUN Paya Rumput janji naik taraf keterhubungan internet
Calon Pakatan Harapan N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yakin ia dapat diselesaikan dengan mudah, hanya mandat rakyat yang diperlukan.
Ahli Parlimen minta masa sidang khas Dewan Rakyat dipanjangkan
Pada masa ini terdapat kekangan masa untuk Ahli-Ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang.