PUTRAJAYA: Sebanyak 3,255 premis perniagaan diperiksa sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 (SHMMP) bermula 23 hingga 27 Dis lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata pemeriksaan itu melibatkan 58 premis borong dan 3,197 premis runcit di seluruh negara.
"Sepanjang tempoh kuat kuasa skim, tiada aduan diterima berkaitan pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 dan hanya satu tindakan undang-undang dikenakan terhadap peniaga kerana gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Skim kawalan berkenaan berkuat kuasa selama lima hari itu dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), dengan penentuan harga dibuat di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.
Sebanyak 11 barangan tersenarai sebagai barangan kawalan di bawah skim itu antaranya ayam tua hidup (dikawal di Sarawak sahaja), kepak ayam (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau dan kubis bulat import (China dan Indonesia).
Sepanjang tempoh pelaksanaan skim berkenaan, Salahuddin berkata Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar raya dan premis perniagaan yang menjadi tumpuan pengguna untuk membeli barangan keperluan perayaan.
"Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan lebih berkesan. Tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna melalui tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan," katanya.
Salahuddin sebelum ini dilaporkan berkata lebih 2,000 Pegawai Penguat Kuasa KPDN ditugaskan di lokasi strategik bagi memantau aktiviti penjualan barangan keperluan perayaan.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan KPDN dan maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 berjalan lancar serta tiada kenaikan harga dikesan selepas berakhirnya skim itu.
"Jalinan kerjasama serta penambahbaikan yang dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk pihak berkuasa tempatan, pengeluar, pemborong, peruncit, dan pengguna sepanjang pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 merupakan punca kejayaan skim ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Salahuddin berkata pemeriksaan itu melibatkan 58 premis borong dan 3,197 premis runcit di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SHMMP Deepavali 2024: Majoriti peniaga patuhi harga maksimum
Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 berjalan lancar dengan majoriti peniaga mematuhi perundangan harga maksimum yang dikuatkuasakan.
KPDN umum lapan jenis barangan SHMMP menjelang Deepavali
Armizan berkata pelaksanaan SHMMP melibatkan lapan jenis barangan, termasuk daging kambing biri-biri bertulang import.
Kerajaan pastikan harga sayur 'popular' munasabah menjelang Deepavali - Armizan
Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.
SHMMP Tahun Baharu Cina: 276 penguat kuasa KPDN digerakkan di Selangor
KPDN Selangor menggerakkan seramai 276 penguat kuasa untuk melakukan pemantauan sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2024.
KPDN Perak pantau peniaga makanan, minuman sepanjang Tahun Melawat Perak 2024
KPDN Perak akan melakukan pemantauan bersepadu bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sepanjang tempoh Tahun Melawat Perak 2024.
SHMMP: 1,091 premis di Selangor diperiksa, hanya empat diambil tindakan
Ia jelas menunjukkan kadar pematuhan tinggi peniaga di Selangor terhadap peraturan ditetapkan semasa perayaan.
KPDN laksana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sepanjang 5 hari
14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan skim tersebut sepanjang tempoh berkenaan.
8 barang disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali
Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.
Kawalan harga: Kerajaan laksanakan SHMMP2023 sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023 melibatkan lapan barangan bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun.
SHMMP: Peruncit dikompaun tidak pamer tanda harga - Fuziah
SHMMP Hari Raya Puasa 2023 dilaksanakan bermula 15 hingga 30 April meliputi 30 jenis barangan asas seperti hasil laut dan daging.