awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
Tujuh maut, lebih 100 cedera dalam sukan 'laga lembu' di India
Seorang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Pakistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan FIC: SPRM tahan bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2017
07:29 MYT
Siasatan FIC: SPRM tahan bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya sekitar 4 pagi tadi ketika hadir untuk memberi keterangan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM hari ini menahan bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Cooperation (FIC), di Kuching.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya sekitar 4 pagi tadi ketika hadir untuk memberi keterangan.
“(Penahanan) mengenai FIC, kita tahan pagi tadi. SPRM juga telah membuat satu lagi tangkapan dan pada petang ini kita akan buat tahanan reman.
“Ianya melibatkan pegawai khas kepada mantan pengerusi Felda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Sahabat GERAH di Kuala Lumpur, siang tadi.
28 Julai lalu, Dzulkifli mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.
Setakat ini, empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada tahun 2014.
SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Dzulkifli Ahmad
#Felda
#FIC
#Kuching
#London
#pembelian hotel
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan