Siasatan kes bekas menteri disyaki terima RM5 juta, Lamborghini masih berjalan - Azam

Tan Sri Azam Baki memberikan perkembangan mengenai siasatan kes rasuah melibatkan seorang bekas menteri ketika ditemui pemberita pada Selasa. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap seorang bekas menteri yang disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Ringkasan AI
- SPRM masih siasat bekas menteri terima RM5 juta rasuah & Lamborghini.
- Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki, umumkan sidang media 15 Januari untuk kes.
- Siasatan kes berkaitan projek papan iklan & pemindahan tanah di ibu negara, 16 saksi termasuk kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah beri keterangan.
"Boleh tak tunggu keperincian pada 15 Januari nanti, kalau ada.
"Saya akan buat satu sidang media untuk memberikan perkembangan terkini (operasi SPRM) merangkumi tempoh tahun lalu hingga awal tahun ini," jelas Azam.
Siasatan ke atas bekas menteri berkenaan dipercayai berkaitan projek papan iklan dan urusan pemindahan tanah di ibu negara.
Pada 29 Disember 2025, beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi dirakam keterangan selama tujuh jam.
Setakat ini, seramai 16 saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang disyaki bekas menteri terlibat terima sebagai rasuah? A: Bekas menteri disyaki menerima rasuah kira-kira RM5 juta dan sebuah kereta mewah Lamborghini.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes bekas menteri tersebut? A: SPRM masih meneruskan siasatan terhadap bekas menteri tersebut dan akan mengumumkan perkembangan kes melalui sidang media pada 15 Januari.
- Q: Berapakah bilangan saksi yang telah dirakam keterangan dalam siasatan kes bekas menteri menerima rasuah? A: Sebanyak 16 saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes bekas menteri menerima rasuah.
- Q: Apakah perkaitan siasatan terhadap bekas menteri dengan projek papan iklan dan urusan pemindahan tanah di ibu negara? A: Siasatan ke atas bekas menteri dipercayai berkaitan dengan projek papan iklan dan urusan pemindahan tanah di ibu negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

