awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta pengguna di seluruh AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes kematian banduan: Jabatan Penjara sedia beri kerjasama

Bernama
Bernama
27/07/2022
09:13 MYT
Siasatan kes kematian banduan: Jabatan Penjara sedia beri kerjasama
Jabatan Penjara Malaysia sedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian seorang banduan lelaki di penjara Kluang pada 28 Jun lepas. - Gambar hiasan
KLUANG: Jabatan Penjara Malaysia sedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian seorang banduan lelaki di penjara Kluang pada 28 Jun lepas.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia Datuk Abdul Aziz Abd Razak turut memberi jaminan kepada masyarakat bahawa institusi penahanan dan pemulihan negara adalah selamat.
Beliau berkata setakat ini tidak timbul sebarang isu mengenai layanan terhadap tahanan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbukti melanggar sebarang prosedur dan melakukan kesalahan yang berkaitan.
"Namun selagi tidak dibuktikan perkara ini, kita tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, dan kita perlu menunggu siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafaz al-Quran serta Pertandingan Nasyid peringkat penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2022 di Dewan Sri Siantan, Penjara Kluang di sini hari ini.
Pada masa sama beliau meminta masyarakat tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi, terutamanya di media sosial berhubung kes berkenaan.
BACA: Mati di Penjara Kluang: Polis beri jaminan siasatan menyeluruh dilaksanakan
Semalam Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu iaitu tiga ahli keluarga, lima banduan di dalam sel yang sama serta empat kakitangan penjara berhubung kematian Kim Shih Keat, banduan yang berumur 36 tahun di Penjara Kluang itu.
Kim dijadualkan bebas daripada penjara pada 28 Jun setelah menjalani hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada 22 Jun lepas.
Bagaimanapun keluarga lelaki berkenaan yang dalam perjalanan untuk mengambil Kim, mendakwa mendapat panggilan pada waktu pagi, hari yang sama daripada pengurus rumah mayat yang memaklumkan Kim telah pun meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kematian banduan
#Penjara Kluang
#Jabatan Penjara Malaysia
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan