Kes kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar Zahid Houseinaly Reza yang dipercayai dibunuh pada 24 Ogos lalu, masih dalam proses siasatan pihak berkuasa negara berkenaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan bagaimanapun sentiasa memantau perkembangan siasatan kes itu bagi memastikan punca sebenar kematian Zahid Houseinaly.
"Kita memang nak hantar pasukan pegawai ke sana (Madagascar) tetapi dinasihatkan pihak kerajaan di sana supaya (beri peluang) mereka jalankan siasatan dahulu, sebab itu kita tangguhkan pasukan yang nak dihantar itu.
"Kes ini merupakan kes undang-undang jenayah dan perlu disiasat di bawah undang-undang negara tersebut. Kita tak boleh masuk menyiasat kerana ia di bawah tanggungjawab kerajaan itu dan mereka telah mengambil tindakan untuk membuat siasatan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas mengenai serpihan yang dipercayai milik pesawat MH370, Liow berkata serpihan tersebut juga menjadi bahan kes dalam siasatan kes pembunuhan tersebut, menyebabkan ia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia.
"Apabila kita nak ambil (serpihan), mereka kata ia 'under investigation', (jadi) kita perlu hormati undang-undang negara berkenaan. Tapi kita akan bekerjasama dengan negara itu untuk pastikan kita dapat bawa balik semua serpihan yang ditemui," katanya, sambil menambah, perkembangan mengenai siasatan kes itu akan dimaklumkan kemudian.
Dalam satu kenyataan pada 30 Ogos, Wisma Putra juga memaklumkan mengenai kematian Allahyarham Houseinaly yang dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.
Kerajaan Malaysia telah memperbaharui kontraknya untuk jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun lagi sehingga Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata kerajaan sedia menimbang sebarang permohonan syarikat penerbangan komersial negara untuk melalui laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan. Sekiranya laluan itu dibuka kepada penerbangan komersial, kerajaan tidak boleh lagi memberi subsidi di bawah obligasi perkhidmatan awam, Akta 771 Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom)," katanya.
Selain itu, beliau berkata MASwings juga akan menghentikan penerbangan di enam laluan di kedua-dua negeri tersebut berikutan saingan dengan syarikat penerbangan komersial mulai tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2017
LIOW: Kerajaan bagaimanapun sentiasa memantau perkembangan siasatan kes itu bagi memastikan punca sebenar kematian Zahid Houseinaly. -Gambar fail
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.