awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump tidak akan sertai mesyuarat G7 di Paris seperti dicadangkan Macron
Pemandu kereta api maut, 14 cedera selepas tren tergelincir berhampiran Barcelona
KPN susun lima kluster MADANI pacu agenda Negara Bangsa 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes mercun pada perlawanan Malaysia-Thailand selesai - Polis

Bernama
Bernama
31/08/2017
12:16 MYT
Siasatan kes mercun pada perlawanan Malaysia-Thailand selesai - Polis
SHAFIEN: Kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan lanjut.
Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes letupan mercun pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam DCP Shafien Mamat berkata kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan lanjut.
Hari ini polis membebaskan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan susulan kejadian itu selepas polis selesai mengambil keterangannya, kata Shafien ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan polis menahan remaja berkenaan ketika dia sedang beratur untuk keluar dari stadium selepas perlawanan yang menyaksikan Thailand mempertahankan pingat emas yang mereka menangi dua tahun lalu di Singapura.
Siasatan lanjut polis ke atas rumahnya di Klang pada keesokan hari menemukan 40 biji mercun yang belum digunakan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#polis
#Shafien Mamat
#siasatan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan