awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai

Bernama
Bernama
08/02/2025
07:45 MYT
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek wanita itu kini ditahan reman di Sabah untuk siasatan kes penipuan lain disyaki membabitkan suspek itu di negeri berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) baru-baru ini untuk arahan selanjutnya.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek wanita itu kini ditahan reman di Sabah untuk siasatan kes penipuan lain disyaki membabitkan suspek itu di negeri berkenaan.
"Selesai siasatan di Sabah, suspek akan diambil semula untuk dituduh di mahkamah membabitkan kes penipuan di Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Khamis lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh kes penipuan di lima negeri melibatkan kerugian keseluruhan RM161,355.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya.
Mangsa dilaporkan bertemu seorang wanita berumur 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menukar seksyen kesalahan di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isteri pelawak
#kes tipu
#polis
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan