SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.
Hakim Daerah Ong Hian Sun juga mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Julai untuk sebutan kes.
"Pendakwaan kes polis belum lagi bersedia. Kami memohon penangguhan selama dua minggu. AGC (Jabatan Peguam Negara) telah berunding dan IO (pegawai penyiasat) telah dibimbing untuk menjalankan siasatan lanjut," kata pendakwa raya.
Wee tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah mengarahkannya untuk membuat permohonan ikat jamin.
Wee juga bertanya kepada pihak pendakwaan sama ada siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan dengan pertuduhan baharu atau yang sedia ada.
Pendakwa raya dalam reaksinya berkata: "Ia adalah atas pertuduhan sedia ada. Pertuduhan baharu masih belum ditawarkan."
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela".
Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman.
Pada 12 Mac, polis telah dimaklumkan mengenai kes di 1 Expo Drive, suspek didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton yang kemudian dirampas oleh polis sebagai bukti.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Mira Filzah, Kamal Adli bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih mengisahkan kehidupan Bawang Putih anak yatim yang tinggal bersama ibu tiri dan adik tiri.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Uqasha Senrose umum hamil anak sulung
Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah mengalami dua kali keguguran dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
'Jangan cakap besar, takut Allah uji' - Uqasha tegur Kamal Adli isu poligami
Kamal yang membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata isterinya itu sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.
Siasatan lanjut penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura tangguh ke 10 Julai
Mahkamah Singapura benarkan penangguhan dua minggu lagi untuk jalankan siasatan lanjut ke atas lelaki yang didakwa menyerang Kamal Adli.
Mahkamah Singapura tangguh kes bagi pendakwa raya sedia tawaran untuk penyerang Kamal Adli
Hakim Daerah Terence Tay turut mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan kes.
Mahkamah Singapura tangguh kes lelaki serang Kamal Adli kepada 30 Mei
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.
Penyerang pelakon Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin
Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.