awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan Mara: Annuar akui tidak dipanggil hingga kini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/03/2017
06:24 MYT
Siasatan Mara: Annuar akui tidak dipanggil hingga kini
ANNUAR: Bila ada tuduhan, siasat sehingga selesai.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengakui sehingga kini tidak pernah dipanggil Jawatankuasa Audit Dalaman berhubung siasatan salah guna kuasa.
"Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan oleh Mara sehingga hari ini, kecuali tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela bagi memberi keterangan mengenai kes tajaan The Red Warriors (TRW).
"Pendirian saya mengenai keperluan siasatan ini tidak berubah kerana sebarang dakwaan, termasuk di media sosial mengenai keraguan masyarakat terhadap pemimpin perlu dipandang serius.
"Bila ada tuduhan, siasat sehingga selesai supaya keyakinan rakyat terus teguh terhadap pemimpin kerajaan dan arena bola sepak negara," katanya di Pusat Media Parlimen, di sini hari ini.
Siasatan terhadap Annuar memfokuskan kes tajaan Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terhadap kelab bola sepak Kelantan, TRW.
Pengerusi sementara Mara dan PMB, Datuk Dr Yusof Yacob, sebelum ini dilaporkan berkata mesyuarat jawatankuasa dalaman itu tidak memanggil Annuar kerana siasatan masih di peringkat awal.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Annuar Musa
#MARA
#siasatan
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan