awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan MEX II: Adam Radlan akan tampil beri keterangan - KP SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2025
06:40 MYT
Siasatan MEX II: Adam Radlan akan tampil beri keterangan - KP SPRM
Tan Sri Azam Baki berkata, Adam telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihaknya. - Gambar fail
PUNCAK ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad akan memberikan keterangan dalam tempoh terdekat berhubung siasatan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX II.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihaknya.
“Sebelum ini, Adam berada di luar negara. Kini kita perlukan bantuannya dan SPRM telah berhubung dengan beliau dalam tempoh terdekat baru-baru ini.
“Beliau juga telah memberi maklum balas kepada SPRM dan peguamnya, Tan Sri Shafee Abdullah turut menghantar surat kepada kami bagi memberikan jaminan berkaitan perkara itu,” katanya ketika ditemui dalam Program SPRM - UiTM Inspira 2025: Hari Integriti & Kepimpinan di UiTM Cawangan Puncak Alam pada Rabu.
Difahamkan ketika ini Adam berada di United Kingdom dan akan kembali ke Malaysia dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Adam membantu siasatan berkaitan projek MEX II yang menghubungkan Persimpangan Putrajaya ke KLIA.
Untuk rekod, Adam sebelum ini turut disiasat berkaitan projek Jana Wibawa. Bagaimanapun, beliau telah dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, bahawa SPRM bersetuju menawarkan kompaun berjumlah RM4.1 juta kepada Adam Radlan berdasarkan representasi yang dikemukakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Adam Radlan
#SPRM
#MEX II
#Jana Wibawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan