PUTRAJAYA: Semua pihak termasuk parti politik diminta tidak menghalang atau menganggu penjawat awam yang menjalankan tugas mereka membuat siasatan dalam apa jua keadaan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Beliau yang ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di sini hari ini berkata sekiranya seseorang itu yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan, pihak berkenaan tidak perlu berasa khuatir.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) milik Pas adalah aktiviti sukarelawan yang melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dengan majikan, dan ia bukan aktiviti perniagaan.
Dakwaan itu dibuat selepas tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti selain Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam, yang didakwa membayar gaji rendah kepada petugas di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.
Pasti merupakan pusat pendidikan prasekolah yang dikelola oleh Jabatan PASTI di bawah Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Sim berkata beliau berharap pihak terbabit faham bahawa apabila jabatan kerajaan memulakan siasatan, ia dibuat tanpa pilih kasih, atau tekanan mana-mana pihak.
"Apa yang kita buat ialah kita tidak pilih bulu, tiada antara dua darjat, tak kira syarikat swasta, kerajaan, atau parti-parti politik, kita tegas bahawa hak pekerja harus dijaga, gaji pekerja dia berhak (terima) waima pekerja asing.
"Fungsi kita ialah mempertahan hak pekerja dan dalam aspek ini untuk kita melaksanakan tugas kita, saya ucap terima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), mereka dah ambil inisiatif untuk bertindak atas aduan," katanya.
Ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) di persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini Sim berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan termasuk parti politik, dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran hak pekerja.
Sementara itu Sim berkata semalam genap 100 hari kepimpinannya di KESUMA dan dalam tempoh itu, menurutnya pelbagai inisiatif dilakukan antaranya reformasi Mahkamah Perusahaan Malaysia, memperkenalkan Program Insentif Latihan Amali (Ilham), menegakkkan hak pekerja terutama dari segi gaji dan memperluas perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Sim berkata sekiranya seseorang itu yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan, pihak berkenaan tidak perlu berasa khuatir. -Gambar fail/Bernama
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim
Inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian sedar pampasan upah yang lebih baik berkait rapat dengan keberhasilan yang lebih tinggi.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kerangka Dasar itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.