awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron

Raffi Bachik
Raffi Bachik
10/01/2017
09:08 MYT
Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai SPRM. - Gambar fail
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Isnin.
Jelas Idris, kedatangan pegawai SPRM itu bertujuan melengkapkan siasatan terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri yang disyaki terbabit dengan rasuah.
"(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.
"Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.
BACA: PM ingatkan penjawat awam jangan ambil hak rakyat
BACA: Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid
Idris mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kehadiran beberapa pegawai SPRM yang menemui beliau di pejabatnya pada petang Isnin.
SPRM dilaporkan mengambil keterangan daripada Idris selain mengambil beberapa kotak berisi dokumen berkaitan kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, beliau tidak boleh menjelaskan hasil pertemuan dengan SPRM itu kerana ia bersifat rahsia.
Tegasnya, ia adalah prosedur biasa bagi SPRM yang perlu mengambil keterangan ketua kerajaan negeri untuk melengkapkan siasatan membabitkan pegawai atau kakitangannya.
Katanya lagi, ia juga sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang membuka ruang seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan di peringkat pentadbiran.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Idris Haron
#Pusat Komersil Hang Tuah Melaka
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan