BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan yang dijalankan terhadap mana-mana hakim tidak perlu dihebohkan dalam media bagi menjamin dan menjaga institusi kehakiman supaya ia sentiasa dihormati.
Beliau berkata setiap individu di Malaysia tidak mengatasi undang-undang dan pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan jika terdapat dakwaan berlaku ketidakpatuhan atau perlanggaran undang-undang.
Ismail Sabri berkata siasatan terhadap mana-mana individu termasuk hakim boleh dilakukan oleh agensi berkaitan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntuk seperti rasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Polis Diraja Malaysia jika melibatkan kesalahan jenayah.
"Tak perlulah mereka (agensi penguatkuasaan) mengumumkan siapa yang terlibat... diuar-uarkan dalam media tentang siasatan.
"Saya tidak nampak salah untuk menyiasat hakim yang melakukan jenayah, jika ada. Kita tidak mengatakan ada berlaku jenayah kerana ini baru siasatan tetapi caranya tidak perlu heboh di media. Tak perlu sebut nama mereka yang baru disiasat dan mungkin itu yang dipersoal.
"Tetapi tak boleh persoalkan juga agensi yang menyiasat individu-individu dalam negara ini walaupun beliau hakim atau sebagainya," kata beliau tanpa menyebut secara spesifik nama individu atau agensi berkaitan.
Beliau mengulas tindakan Majlis Peguam mengadakan Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.
Ahli Parlimen Bera itu berpandangan tindakan Majlis Peguam mungkin disebabkan cara siasatan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Perjumpaan Khas dan Ramah Mesra Bersama Petugas Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera hari ini.
Perdana Menteri turut mengulangi pendirian kerajaan yang menghormati dan berpegang kepada prinsip pengasingan kuasa dengan badan kehakiman diberi kebebasan untuk menjalankan perbicaraan serta membuat keputusan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Menyentuh cadangan menguatkuasakan Akta Pendanaan Politik, Ismail Sabri berkata ia masih berjalan dan Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang serta Jabatan Peguam Negara) telah diarah melakukan kajian menyeluruh untuk dibentang kepada Kabinet sebelum dibawa ke Parlimen.
Mengulas program hari ini, Naib Presiden UMNO itu sekali lagi mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) agar siap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan kerja di saat-saat akhir.
"Kita perlu bersedia kerana paling lewat, PRU15 perlu diadakan dalam tempoh setahun dari sekarang dan tempoh itu tidak lama.
"Itu jika ia diadakan pada Julai namun ia juga mungkin dan boleh diadakan lebih awal dari tarikh tersebut," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan jentera parti komponen BN di Parlimen Bera kerana dapat bekerjasama serta sepakat memulakan gerak kerja seperti petugas JR yang turut membabitkan sayap wanita daripada UMNO, MCA dan MIC.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Perdana Menteri mengulangi pendirian kerajaan yang menghormati dan berpegang kepada prinsip pengasingan kuasa. - Gambar fail
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.