Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dengan rutin harian termasuk bekerja, sudah tentu Huawei adalah pilihan yang paling tepat untuk anda menjalani kehidupan dengan lebih bijak dan terurus.
Wow ... ! Tidak percaya, bukan?
Buktinya, sejak Huawei Mate 30 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, model flagship itu telah menerima pujian dan sambutan hangat daripada peminat telefon pintar.
Dengan reka bentuk yang canggih, Mate 30 boleh disifatkan sebagai peranti yang mempunyai kelas tersendiri serta melangkaui masa depan.
Malah, si pemilik akan menikmati pengalaman yang cukup menakjubkan kerana peranti pintar terkini itu mempunyai kolaborasi skrin pelbagai dengan MateBook 13, Freebuds 3, Watch GT 2 dan Huawei X Gentle Monster!
Jadi, untuk membuatkan anda lebih yakin, berikut kami tampilkan keistimewaan peranti-peranti Huawei yang mampu membuatkan si pemilik tidak menyesal jika memilikinya.
Believe me, guys!!!
1. Urusan kerja lancar dengan telefon pintar dan komputer riba
Sebaik sahaja kedua-dua peranti ini disambungkan, skrin telefon pintar Huawei Mate 30 secara automatik akan dipaparkan pada komputer riba anda. Kemudian, pengguna boleh memindahkan fail daripada peranti itu ke komputer riba atau sebaliknya - dengan mudah dan cepat.
Malah, dengan kecanggihan yang dimiliki kedua-dua peranti ini, anda juga boleh mencuba fungsi “OneHop File Sharing” – yang mana segalanya di hujung jari anda!
2. Kolaborasi skrin pelbagai – Siri Huawei Mate 30 bersama MateBook 13
Segelintir daripada kita banyak bergantung kepada telefon pintar dan komputer riba untuk memenuhi tuntutan kerja. Misalnya, mereka yang bekerja dalam bidang pemasaran atau kewartawanan, pastinya kedua-dua peranti ini amat diperlukan. Namun, dengan inovasi kolaborasi skrin pelbagai Huawei - anda kini boleh menggunakan kedua-dua peranti itu secara serentak!
Bagaimana? Menerusi fungsi tersebut, pemilik pada masa sama boleh mengawal telefon pintar dan komputer riba menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Dan situasi ini juga sering berlaku kepada kita, iaitu terpaksa berulang kali memindahkan fail ke komputer riba. Rimas bukan? Tetapi jangan risau, dengan fungsi kolaborasi skrin pelbagai ini, ia akan membantu anda untuk bekerja dengan lebih cekap. Menariknya, siri Huawei Mate 30 yang dilengkapi dengan EMUI 10 – membolehkan anda menggabungkan telefon pintar dan komputer riba dengan hanya satu sentuhan –sekaligus memudahkan untuk memindahkan gambar, fail, video dan pelbagai lagi.
3. Huawei WiFi Q2 Pro – Prestasi dan sambungan internet yang berbaloi!
Nak buat kerja, tetapi sering hadapi masalah dengan sambungan internet? Itu boleh diatasi dengan sistem WiFI Q2 Pro yang menjanjikan “kuasa” rangkaian WiFi pada setiap sudut rumah dan ruang pejabat anda termasuk di bahagian paling belakang! Ya, betul! Dengan sistem WiFi hibrid pertama di dunia, anda tidak akan berdepan dengan masalah sistem jaringan terputus, perlahan atau buffering. Anda juga kini boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan sistem jaringan internet yang lancar.
4. Bergaya dengan kaca mata pintar – Huawei X Gentle Monster Eyewear
Tahukah anda bahawa anda kini boleh menjawab panggilan telefon hanya menggunakan kaca mata sahaja? Bunyi menarik, bukan? Itulah yang ditawarkan oleh Huawei menerusi kaca mata pintar Huawei X Gentle Monster!
Ia membenarkan anda bersembang dengan sesiapa sahaja termasuk rakan kongsi anda dalam tempoh melebihi 2 jam setengah dalam satu-satu pengecasan. Ia turut dilengkapi dengan sarung kulit yang mampu menjadi pengecas tanpa wayar sehingga 8 jam! Caranya mudah, anda hanya perlu menekan bingkai cermin mata tersebut untuk menjawab panggilan, selain peranti itu dilengkapi dengan dua mikrofon dan speaker. Selain itu, kaca mata pintar yang dilengkapi dengan teknologi hebat ini juga mampu menjadi pelindung mata anda daripada sinar matahari yang memancar terik.
5. Huawei Watch GT2 – Jam pintar “serba boleh”
Siapa kata jam hanya diperlukan untuk melihat waktu sahaja? Dengan Huawei Watch GT2, anda boleh mengendalikan semua urusan termasuk melihat teks, menjawab panggilan telefon, selain menyelaras kenalan telefon meskipun telefon bimbit tiada bersama anda. Selain itu, jika anda seorang yang aktif bersukan, peranti jam pintar Huawei Watch GT 2 adalah jawapan terbaik.
Menerusi mod sukan, Huawei Watch GT 2 menyokong lebih 15 sukan seperti berlari, berenang, dan mendaki, selain menyalurkan lebih 190 jenis data termasuk maklumat analisis pra senaman kepada si pemakai. Sementara pada hari-hari yang sibuk, “jurulatih” anda - Watch GT 2 itu akan memberikan peringatan kepada pemakainya untuk bangun dan bergerak seketika.
Lebih menarik, ia mengawal tahap tekanan, selain mencadangkan latihan pernafasan bagi menenangkan anda. Tidak cukup di situ, Watch GT 2 juga boleh mengenalpasti pola tidur dan juga tekanan darah, sekaligus membolehkan anda mengetahui tahap kesihatan.
Watch GT 2 juga mempunyai kuasa bateri yang tahan lama sehingga 14 hari sebelum anda perlu mengecasnya lagi. Jadi tunggu apa lagi?
Gaya hidup pintar anda bermula dengan HUAWEI.
Untuk mempelajari lebih lagi mengenai peranti Huawei Mate 30 Pro, kaca mata Huawei X Gentle Monster, Watch GT 2 dan Huawei FreeBuds 3 seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh layari pautan di bawah ini: