SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 Nov ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan untuk membentangkan empat rang undang-undang (RUU) sewaktu persidangan tersebut merangkumi RUU Undi 18 dan pengehadan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal.
"Selain itu, turut akan dibentangkan ialah RUU Enakmen Tanah Adat dan Perbekalan. Perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan bersama Exco semalam," katanya menerusi catatan dalam Facebook rasminya.
Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Negeri Sembilan akan mengadakan karnival Deepavali bermula 25 Okt hingga 3 Nov ini dengan lokasi ditetapkan adalah di Seremban, Tampin dan Gemencheh.
Mengenai kadar vaksinasi, Aminuddin berkata sebanyak 100.7 peratus populasi dewasa di negeri ini telah melengkapkan vaksin dengan 101.3 peratus lagi telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.
"Ini bermakna 74.9 peratus daripada keseluruhan populasi di Negeri Sembilan telah lengkap divaksin manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 23.6 peratus telah lengkap divaksin serta 13 peratus menerima dos pertama," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut berharap supaya kanak-kanak yang layak divaksinasi dapat mengambil suntikan vaksin itu bagi melindungi mereka terutama sewaktu sesi pembelajaran bersemuka di sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Aminuddin berkata, sebanyak 100.7 peratus populasi dewasa di negeri ini telah melengkapkan vaksin. - Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
DUN N.Sembilan lulus RUU Perbekalan Tambahan berjumlah RM8.96 juta
RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara 34 ADUN dengan dua lagi tidak hadir bagi sesi pengundian itu.
N. Sembilan sokong cadangan bina pelabuhan kecil di Port Dickson - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong cadangan sebuah syarikat swasta untuk membina pelabuhan kecil di Port Dickson.
Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN
Upacara mengangkat sumpah jawatan dibuat di hadapan Setiausaha DUN Amin Ludin.
PRN: Dua anak bekas MB tewas di Negeri Sembilan
Mohd Najib Mohd Isa kalah di DUN Bagan Pinang, sementara Dani Rais pula tewas di DUN Klawang.
PRN: "Jual kerusi? Kami kempen pun ala kadar..." - Peja
Ahmad Faizal jawab dakwaan calon Bebas berlaku penjualan dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan.
PRN: Kolabrasi PH dan BN beri kelebihan pertahankan Negeri Sembilan
Permuafakatan politik antara PH dan BN, dilihat mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.
DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).