NATIONAL
Sidang DUN Perak ditangguh ke Rabu depan

Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoiriti Ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat. -BERNAMA
IPOH:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan untuk menangguhkan sidang DUN negeri itu ke Rabu depan, 9 November.
Mohamad Zahir mengambil keputusan tersebut susulan usul undi percaya yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul tersebut.
Beliau berkata urusan memaklumkan keputusan usul percaya tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah oleh beliau sendiri dan juga Faizal Azumu.
“Saya percaya selepas ini, kita mengambil masa sedikit kerana saya, speaker sendiri, perlu memohon izin untuk menyembah maklum kepada Sultan berkaitan keputusan DUN pada pagi yang bersejarah ini.
“Saya percaya yang amat berhormat menteri besar akan memohon izin menghadap Sultan untuk memaklumkan perkara yang sama, tertakluk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Oleh yang demikian, saya dengan ini menangguhkan atau menyimpuhkan dewan ini hingga Rabu, 9 November, pukul 2.30 petang,” katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, Ahmad Faizal Azumu dijadual membentangkan Belanjawan 2021 Perak pada Jumaat.
Namun, melihat kepada perkembangan susulan usul undi percaya itu, ia terpaksa ditunda ke Rabu depan.
Susulan gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul berkenaan, Ahmad Faizal menjanjikan peralihan kuasa Menteri Besar akan berjalan lancar.
Untuk rekod, bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami