awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Tergempar OIC: 'Saya telah minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi' - Anwar

Bernama
Bernama
31/10/2023
14:37 MYT
Sidang Tergempar OIC: 'Saya telah minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi' - Anwar
Anwar berkata, sidang itu juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi catatan di laman Facebook malam ini.
"Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri di Dewan Rakyat telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.
Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel pula memaklumkan Bernama bahawa republik itu menjalin kerjasama erat dengan negara ini dalam isu Palestin termasuk berkaitan penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau berkata perkara itu turut dibincang oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Anwar semasa lawatan dua hari Perdana Menteri ke Turkiye pada 21 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang tergempar OIC
#Turkiye
#Arab Saudi
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan