awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil cuti sakit dijual RM30-RM50 sekeping

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2023
00:45 MYT
Sijil cuti sakit dijual RM30-RM50 sekeping
Antara barangan termasuk ratusan sijil cuti sakit palsu yang dirampas oleh polis daripada suspek.
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan yang menjual sijil cuti sakit palsu dengan harga RM30 hingga RM50 sekeping di sekitar Kajang, pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, seramai enam individu warga tempatan ditahan dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
"Siasatan awal mendapati, sindiket tersebut telah aktif sejak setahun lalu dan menawarkan penjualan sijil cuti sakit di sekitar Kajang.
"Hasil serbuan itu, polis turut merampas lapan buah telefon bimbit, laptop (1), pendrive (5), buku sijil cuti sakit (6), sijil cuti sakit kerajaan (171), sijil cuti sakit swasta (70), resit rasmi klinik dan barangan lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kesemua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki berumur lingkungan 26 hingga 51 tahun ditahan reman sehingga 13 Disember untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya majikan untuk membuat semakan dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit itu.
"Orang ramai dan majikan boleh menghubungi hotline IPD Kajang di talian 03-89114242 atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Tanaseelan V. Manogaran.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#sijil cuti sakit
#sindiket penipuan
#reman
#Ketua Polis Daerah Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan