KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu akan memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat penjawat awam negeri yang didapati memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr. Alias Razak berkata pihaknya memandang serius isu berkaitan sijil vaksinasi palsu ini memandangkan ia melibatkan keselamatan dan kesihatan rakyat.
"Kita akan arahkan jabatan-jabatan kerajaan untuk memantau golongan yang terutamanya antivaksin satu hal, yang keduanya dia beli pula sijil vaksin palsu. Ini satu kesalahan yang serius dan perkara ini akan dipantau oleh jabatan-jabatan berkenaan, untuk pastikan perkara ini (pembelian sijil vaksin palsu) tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang doktor sebuah klinik swasta oleh pihak polis Terengganu di Marang pada Sabtu lepas, selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Dr. Alias berkata kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau dan mengenal pasti sekiranya terdapat lagi pengamal perubatan di negeri ini yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Terdahulu, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dalam sidang media hari ini memberitahu doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu, selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan tersebut.
Rohaimi berkata siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu berurusan dengan klinik tersebut bagi tujuan vaksinasi, dan daripada jumlah itu pihak polis masih menyiasat jumlah sebenar individu yang tidak mendapatkan suntikan, namun hanya mendapatkan sijil vaksinasi palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Sijil suntikan vaksinasi COVID-19 palsu yang dikeluarkan oleh sebuah klinik swasta dirampas oleh polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah
Perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mendapatkan laporan lengkap dalam tempoh terdekat.
25 individu termasuk tiga doktor ditahan kes jual sijil vaksin palsu - Polis
Penahanan membabitkan tiga doktor, tiga jururawat, 11 orang awam, tujuh ejen dan seorang staf klinik.
Jual sijil COVID-19 palsu, Sultan Selangor zahir dukacita
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan aktiviti menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang ramai.
Kedah kesan kes penjualan sijil vaksin COVID-19 palsu
Polis dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan beberapa kes penjualan sijil vaksinasi palsu membabitkan doktor di negeri ini.
Poliklinik diserbu, tujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu
Polis turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam aplikasi MySejahtera.
Klinik swasta jual sijil vaksin COVID-19 palsu diserbu
Kegiatan yang didalangi individu warga tempatan termasuk seorang pengamal perubatan itu turut dikesan memfokuskan pelanggan yang terdiri daripada golongan anti vaksin.
Sijil vaksin palsu: Doktor swasta dan enam individu dibebaskan dengan jaminan polis
Ia berikutan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek berakhir hari ini.
Sijil vaksin palsu: Doktor direman lagi berhubung kes penipuan
Majistret membenarkan lelaki berusia 51 tahun itu direman sehingga esok bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sijil vaksin palsu: Doktor dijangka bebas dengan jaminan polis esok
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.
Operasi, risikan dipergiat kesan sindiket sijil vaksin palsu di seluruh negara - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara.