awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap lewa punca Melayu tidak maju dalam pendidikan - Kajian

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/06/2024
04:15 MYT
Sikap lewa punca Melayu tidak maju dalam pendidikan - Kajian
Sikap lewa menjadi faktor utama mengapa sebahagian besar Bumiputera Melayu tidak maju dalam pendidikan berdasarkan kajian Pasukan Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Kongres Ekonomi Bumiputera. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sikap lewa menjadi faktor utama mengapa sebahagian besar Bumiputera Melayu tidak maju dalam pendidikan.
Itu dapatan kajian daripada Pasukan Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Kongres Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan Tan Sri Prof Noor Azlan Ghazali.
Kajian komprehensif itu telah dijalankan pada Januari hingga Februari lalu untuk menjawab persoalan utama iaitu 'apakah yang telah menghalang Bumiputera untuk maju di dalam pendidikan?'
Menurut Pakar Sosiologi Pendidikan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, kajian itu menemubual secara mendalam dan bersemuka dengan 600 peserta di kalangan orang Melayu di empat zon Semenanjung Malaysia dengan setiap satu sesi mengambil masa lima hingga enam jam.
"Ini termasuk 8,000 responden yang menjawab soal selidik secara dalam talian, serta bersama 250 orang yang dikategorikan kepada 15 kumpulan pakar atau peneraju mengikut bidang termasuk pemimpin industri bukan Melayu.
"Faktor lain seperti kemiskinan, tidak minat pada kurikulum Sains dan Matematik, kurang sokongan keluarga telah mengukuhkan lagi 'sikap lewa' sebahagian besar Bumiputera Melayu terhadap pentingnya pendidikan.
"Mudah cakap, buatlah apa pun program pendidikan untuk membantu Bumiputera Melayu, laburlah sebanyak mana pun duit, bantulah sehebat mana pun, jika sikap lewa Bumiputera Melayu terhadap kepentingan pendidikan masih menebal, dibimbangi semua usaha itu akan gagal juga," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Mengulas lanjut, Anuar bagaimanapun, menegaskan, tidak semua Bumiputera Melayu begitu namun masih ramai yang berperangai sedemikian.
Tambah beliau, terdapat anak Bumiputera Melayu yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan kerana dari awal mereka telah berusaha untuk mengubah sikap lewa dan ia terbukti berjaya.
"Dalam satu sesi 'Focus Group Discussion' dalam talian kami bersama 24 orang Melayu yang telah berjaya dan sedang bekerja di luar negara, jawapan mereka yang paling jelas adalah untuk mereka berjaya di bumi perantauan, perkara pertama yang telah mereka lakukan ialah mengubah sikap dan berusaha keras untuk berjaya.
"Misalnya, ada anak Melayu dari Pasir Mas yang telah berjaya di Silicone Valley US, ada anak Melayu yang belajar dengan duit sendiri di Amerika Syarikat dan akhirnya menjadi jurutera utama di kilang automotif terkenal di sana.
"Ada juga anak Melayu yang berjaya dalam bidang perubatan di Jepun dan Australia malah ada anak Melayu yang berjaya menjadi ketua jurutera di Dubai," ujarnya.
Kesimpulannya, kata Anuar, mereka semua bersetuju bahawa jika Melayu mahukan kemajuan pertama sekali yang perlu diubah ialah sikap lewa dan perlu bersungguh-sungguh berusaha untuk mencari kejayaan dalam pendidikan.
"Jangan tunggu bantuan. Ada masanya usahalah sendiri," kata beliau menitip pesanan.
Topic Berkaitan
#sikap lewa Melayu
#pendidikan
#Bumiputera
#faktor kemiskinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan