SHAH ALAM: Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong akan bertemu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam waktu terdekat bagi membincangkan kaedah perlindungan kepada pekerja dan wartawan sambilan atau ‘stringer’ yang melibatkan pengamal media serta penggiat industri seni.
Katanya ketika ini terdapat kira-kira 30,000 petugas berkenaan dalam negara, dan beliau berhasrat meluaskan liputan perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial kepada mereka, antaranya menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memberikan perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri.
“Sebab kita tahu terutamanya untuk pekerja industri media dan kreatif ini, waktu kerja mereka tidak tentu… dan mungkin ada insiden yang mendedahkan pekerja ini kepada bahaya di tempat kerja. Jadi kita faham ada keperluan mendesak untuk memberikan perlindungan kepada kumpulan ini.
“Saya telah menghubungi saudara Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan beliau juga mempunyai pendirian sama. Kita akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah untuk memperluaskan liputan perlindungan Perkeso terutamanya kepada pekerja dalam sektor media dan industri kreatif,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat dan menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementeriannya bersama Perkeso kepada petugas bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Marlia Mohamed, 43, di sini, hari ini.
Sementara itu, Marlia menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kementerian menyampaikan sumbangan CSR kepadanya, yang sedikit sebanyak meringankan beban beliau, susulan hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetis yang dihadapinya sejak 2009.
Katanya beliau mula menghidap penyakit itu selepas melahirkan anak tunggal lelakinya dengan kaki kiri terpaksa dipotong sehingga ke bahagian peha berikutan jangkitan kuman pada November lepas.
“Saya berterima kasih sangat kepada kementerian serta Perkeso atas sumbangan peralatan seperti 'katil elektrik' serta kerusi roda. Sudah tentu saya berasa lega apabila dapat bantuan ini, sekali gus dapat meringankan beban yang dihadapi kini,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Sim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada petugas RTM Marlia Mohamed yang kini terlantar selepas kehilangan sebelah kaki akibat kencing manis. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
KESUMA akan laksana pelbagai inisiatif perkasa kemahiran pekerja - Steven Sim
KESUMA menyediakan dana berjumlah RM3 bilion untuk sektor pengurusan latihan kemahiran bagi 2025.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Dua juta pekerja disasar sertai kesatuan sekerja - Sim
Setakat September lepas, bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 dengan keanggotaan seramai 1,030,151 orang.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Gaji minimum bukan gaji permulaan untuk semua pekerja - Sim
Kadar gaji minimum RM1,700 itu merupakan gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor 3D.
Lebih 470,000 individu carum SKSSR setakat September - Sim
Sim berkata jumlah berkenaan mencecah 95 peratus daripada 500,000 yang disasarkan untuk mendaftar SKSSR tahun ini.
600,000 pekerja perlu pemahiran semula dalam tempoh lima tahun - Sim
Kira-kira 600,000 pekerja dikenal pasti memerlukan pemahiran semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang kesan daripada kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.