awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2025
07:30 MYT
Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
Tangkap layar CCTV menunjukkan seekor anjing bingkas lari selepas disimbah dengan air panas oleh kakitangan kedai serbaneka di Ipoh. -Foto ihsan pembaca
IPOH: Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Menglembu di sini, telah dikenakan tindakan buang kerja serta-merta selepas tular video perbuatannya menghalau anjing dengan menyimbah air panas.

Ringkasan AI
  • Seorang pekerja kedai serbaneka di Menglembu dipecat serta-merta selepas video tindakannya menyimbah air panas kepada anjing tular di media sosial.
  • Tindakan pekerja tersebut mendapat kritikan hebat dari warga maya dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menglembu.
  • KK Super Mart mengecam kekejaman terhadap haiwan dan bersedia menanggung kos rawatan perubatan anjing tersebut.

Kejadian itu tular pada Sabtu selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dimuat naik di laman sosial Facebook Fauziah Paws Care.
Menerusi rakaman itu, individu berkenaan dilihat mengisi air dari mesin pemanas ke dalam cawan sebelum menyimbah ke arah anjing yang berada di pintu masuk premis.
Tindakan individu tersebut mendapat kritikan warga maya yang menyifatkan ia sebagai tidak berperikemanusiaan dan difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menglembu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, KK Super Mart dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengumumkan bahawa kontrak kakitangan terlibat ditamatkan serta-merta berikutan tularnya kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya mengecam sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan serta tidak bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.
"Kami telah menjalankan siasatan dalaman dan kakitangan yang bertanggungjawab telah dipanggil semula ke ibu pejabat Kuala Lumpur.
"Setelah semakan, kontraknya ditamatkan serta-merta. Kami juga telah menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia untuk menanggung kos rawatan perubatan haiwan tersebut," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#CCTV
#halau anjing
#air panas
#pekerja kedai serbaneka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan