awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpanan air Empangan Sungai Selangor di tahap kritikal

Bernama
Bernama
04/08/2014
14:39 MYT
Simpanan air Empangan Sungai Selangor di tahap kritikal
SPAN didesak mengambil langkah proakfif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor. - Gambar Fail
Gabungan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (GBC) hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor.
Pengerusi GBC Datuk Mohd Said Mat Saman berkata, SPAN perlu mengutamakan keperluan air bagi penduduk di Selangor tanpa menunggu permohonan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelan catuan dan sebagainya.
Katanya, Suruhanjaya itu perlu berhenti dari sikap "tunggu dan lihat" sebelum hanya mengikut arahan kerajaan negeri Selangor untuk mencatu bekalan air.
"Sebagai badan berkuasa yang memberi nasihat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai 'independent regulator', SPAN perlu sedar bahawa keadaan berisiko tinggi akan menjejaskan perkembangan perniagaan dan industri secara besar-besaran," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi bekalan air di Selangor yang dilaporkan kritikal berdasarkan maklumat empangan di laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Menurut laporan itu, simpanan air di Empangan Sungai Selangor kini mencatat paras 32.74 peratus.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#GBC
#KeTTHA
#SPAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan