awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpanan KWSP bukan solusi, disiplin diri kunci isu kewangan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
31/08/2024
01:00 MYT
Simpanan KWSP bukan solusi, disiplin diri kunci isu kewangan
Ahli KWSP tidak boleh menganggap simpanan KWSP sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah kewangan harian mereka. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli di samping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, walau bagaimanapun menegaskan, ahli KWSP tidak boleh menganggap simpanan KWSP sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah kewangan harian mereka.
“Syarat pengeluaran Akaun Persaraan (Akaun 1) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang hanya membenarkan pengeluaran selepas ahli mencapai umur 55 tahun, wajar dikekalkan.
“Langkah ini penting untuk memastikan ahli KWSP mempunyai dana yang mencukupi apabila bersara kelak,” katanya.
Justeru, Afzanizam menasihatkan rakyat Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian lain seperti menggunakan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebagai alternatif dalam menguruskan kewangan mereka.
Beliau menekankan kepentingan kesedaran tentang pelbagai bantuan kewangan yang tersedia untuk rakyat Malaysia seperti AKPK, agar mereka tidak hanya bergantung kepada dana KWSP.
“Rakyat Malaysia, termasuk ahli KWSP, perlu mengambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh AKPK, terutamanya dari segi kaunseling kewangan dan program pengurusan hutang.
“Peranan AKPK sangat penting dalam memastikan peminjam atau pelanggan bank mencapai persetujuan yang baik, yang akhirnya dapat memberikan kelegaan kewangan,” kata beliau dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Jumaat.
“Simpanan yang kekal dalam akaun KWSP dan didarab dengan dividen tahunan akan bertambah dengan ketara dari masa ke masa,” tambahnya.
Malahan, apabila langkah penstrukturan dilaksanakan, nisbah bagi Akaun Persaraan telah dinaikkan kepada 75 peratus, meningkatkan kecukupan simpanan bagi menjamin pendapatan persaraan yang lebih bermakna untuk ahli.
Sementara itu, beliau mencadangkan rakyat Malaysia untuk meneliti kembali sejarah data KWSP, di mana kadar dividen yang diberikan selama ini adalah sangat tinggi.
Ia sekali gus membuktikan KWSP sebagai instrumen pelaburan yang baik.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#pendapatan persaraan
#keperluan kitaran hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan