awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpati bawa padah, anak dibawa lari wanita asing selepas terima bantuan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/04/2016
09:36 MYT
Simpati bawa padah, anak dibawa lari wanita asing selepas terima bantuan
Kehilangan mangsa dan wanita itu disedari kira-kira pukul 5 pagi Selasa selepas suspek diberitahu akan dihantar ke Kedutaan Indonesia. -Gambar fail
Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki menculik kanak-kanak disleksia berusia 12 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, kehilangan mangsa dan wanita itu disedari kira-kira pukul 5 pagi Selasa selepas suspek diberitahu akan dihantar ke Kedutaan Indonesia.
"Ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah mengambil suspek yang ketika itu bersendirian di hadapan hentian bas Subang Parade pada tengah malam.
"Atas rasa simpati terhadap suspek, dia telah dibawa pulang ke rumahnya di SS19 untuk ditumpangkan sementara waktu sebelum diserahkan kepada pihak Kedutaan Indonesia," katanya kepada Astro AWANI.
Menurutnya, suspek hanya memperkenalkan diri sebagai Azizah berusia 18 tahun dan berasal dari Sumatera, Indonesia.
"Suspek juga memaklumkan dia tidak mempunyai telefon bimbit dan pasport," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik orang di bawah penjagaan yang sah.
Topic Berkaitan
#Azizah dari Sumatera
#Azlin Sadari
#hentian bas subang parade
#SS19
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan