awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simulasi kebakaran, pekerja terperangkap di MRT pukul 11 malam ini

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2015
10:32 MYT
Simulasi kebakaran, pekerja terperangkap di MRT pukul 11 malam ini
MMC Gamuda Sdn Bhd, rakan usahasama dan pemaju projek Mass Rapit Transit (MRT) akan mengadakan latihan kecemasan di Stesen MRT Phileo Damansara pada 15 Disember 2015 bermula jam 11 malam.
MMC Gamuda Sdn Bhd, rakan usahasama dan pemaju projek Mass Rapit Transit (MRT) akan mengadakan satu latihan kecemasan di Stesen MRT Phileo Damansara pada 15 Disember 2015 bermula jam 11 malam.
Objektif latihan ini adalah memastikan pelaksanaan amalan keselamatan yang lancar, tersusun, dan berkesan apabila berlaku kecemasan sebenar kelak.
Latihan ini bakal dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Latihan ini mengandungi dua simulasi senario kecemasan di tapak pembinaan stesen MRT iaitu apabila pekerja terperangkap di bawah gerabak tren dan apabila kebakaran berlaku di stesen. Peranan mangsa dalam senario ini akan dimainkan oleh lapan orang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur akan membekalkan 84 orang petugas dengan 10 kereta bomba dan tujuh ambulan bagi tujuan latihan ini.
Keselamatan awam amat dititikberatkan dalam pelaksanaan aktviti seperti ini. Sehubungan dengan itu, MMC Gamuda akan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang latihan tersebut untuk mengurangkan kesan dan gangguan kepada para penduduk sekitar dan pihak yang berkepentingan.
Topic Berkaitan
#MMC Gamuda
#MRT
#Phileo Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan