Berbekalkan hanya barangan terpakai seperti tempat duduk kereta dan komputer lama, satu sudut ruangan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Nangka di sini berubah menjadi simulator pesawat penerbangan yang pasti membuat sesiapa sahaja teruja melihatnya.
Simulator pesawat yang lengkap dengan aktiviti simulasi dan ujian penerbangan di sekolah itu juga melakar sejarah kerana ia adalah yang pertama seumpamanya untuk kategori sekolah rendah di Terengganu setakat ini.
Gabungan kreativiti, bakat semula jadi serta impian untuk melihat anak murid di 'sekolah kampung' itu menggapai cita-cita setinggi langit menyebabkan guru penyelaras Kelab Aeronautik sekolah itu rela berkorban masa dan tenaga untuk membina simulator itu pada tahun 2015.
Guru berkenaan, Syed Hasan Syukri Tuan Hadi berkata keseluruhan set binaan simulator itu hanya RM5,000 sahaja berbanding kos sebenar yang dianggarkan RM20,000 sekiranya menggunakan peralatan baharu.
"Simulator ini secara tidak langsung berjaya meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) terutama yang berkaitan dunia penerbangan.
"Kebanyakan istilah dalam dunia penerbangan juga di dalam bahasa Inggeris, ini turut meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa utama dunia itu dan pada masa sama, kita turut memberi penekanan Islamik terhadap elemen tauhid," katanya kepada Bernama.
Ketika ini, terdapat 18 ahli kelab yang akan memakai uniform seperti juruterbang setiap kali perjumpaan semasa aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar sekolah dijalankan.
Terdapat dua pesawat kawalan jauh, lapan model pesawat sayap pegun dan tiga model helikopter dipamerkan di galeri itu malah pengunjung akan diberi penerangan mengenai kaedah pengendalian pesawat semasa pelepasan, navigasi dan pendaratan yang selamat.
Syed Hasan Syukri berkata kelab itu turut mendapat khidmat nasihat teknikal daripada seorang juruterbang daripada Qatar Airways dan seorang jurutera simulator penerbangan daripada syarikat pengendali antarabangsa.
"Ahli kelab juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi berkaitan penerbangan antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, sekolah penerbangan di Melaka dan fasiliti penyelenggaraan pesawat MAS Engineering," katanya.
Sementara itu, Guru Besar SK Gong Nangka Mohamad Samsuri Omar berkata idea penubuhan, konsep, kandungan sukatan dan aktiviti kelab itu diterajui oleh Syed Hasan Syukri serta beberapa guru lain.
"Kami di SK Gong Nangka sangat bertuah kerana mendapat komitmen terbaik daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sentiasa menyokong semua program sekolah serta mendapat kerjasama penuh daripada syarikat swasta dan komuniti setempat," katanya.
Kunjungan Bernama ke sekolah itu mendapati walaupun ramai ahli kelab itu masih belum pernah merasai pengalaman menaiki kapal terbang, simulator itu dapat memberi mereka keseronokan seperti berada di 'awan biru' bukan sekadar sebagai penumpang biasa malah mereka mampu menerbangkannya.
Seorang murid Tahun Enam, 'Kapten' Alya Damia Muhammad berkata penyertaannya dalam Kelab Aeronautik itu memberinya kepuasan kerana dapat menambah pengetahuan am seperti teori, prinsip sains, komponen pesawat penerbangan serta pengalaman berharga dapat berada di dalam kokpit seperti pesawat sebenar.
"Kelab ini berjaya menarik minat saya untuk menjadi juruterbang apabila dewasa kelak dan saya berharap agar rakan di luar sana tidak ketinggalan menyertai Kelab Aeronautik sekiranya diberi peluang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Walaupun ramai ahli kelab itu masih belum pernah merasai pengalaman menaiki kapal terbang, simulator itu dapat memberi mereka keseronokan seperti berada di 'awan biru', bukan sekadar sebagai penumpang, malah mereka mampu menerbangkannya. - BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Simulator daripada barangan terpakai cetus minat murid dalam bidang penerbangan
Simulator pesawat yang lengkap dengan aktiviti simulasi dan ujian penerbangan itu juga melakar sejarah kerana ia yang pertama seumpamanya untuk kategori sekolah rendah di Terengganu setakat ini.