awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket bekal dadah kepada penjara tumpas

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2019
12:15 MYT
Sindiket bekal dadah kepada penjara tumpas
Mohamad Fuzi menunjukkan barang rampasan pelbagai jenis dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - BERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menumpukan penjualan untuk tahanan penjara selepas lima lelaki ditahan di sekitar Johor, pada Sabtu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil penahanan suspek berusia antara 26 hingga 30 tahun itu melibatkan rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM814,000.
Sabtu lalu, Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Johor melancarkan dua serbuan di sekitar Johor bermula pukul 7 malam hingga 11 malam.
Hasil serbuan, polis menahan lima lelaki tempatan dan merampas 9.88kg dadah disyaki syabu, 16.4kg heroin dan 940 biji pil ecstasy.
Polis turut merampas dua buah kereta, tiga motosikal, barang kemas dan wang tunai RM22,000. Jumlah sitaan tersebut dianggarkan bernilai RM189,000.
"Sindiket ini dikenal pasti aktif membekalkan dadah kepada penjara Simpang Renggam sejak tahun 2017.
"Operasi untuk menumpaskan sindiket ini dijalankan oleh JSJN Bukit Aman bersama JSJN Johor dan Jabatan Penjara Malaysia,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Jelas Mohamad Fuzi, penahanan lima suspek terbabit adalah susulan penangkapan empat ahli sindiket pada tahun lalu.
Semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
BACA: Lapan ditahan dalam operasi dadah jutaan ringgit di Perak dan Johor
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Dadah
#fuzi harun
#narkotik
#penjara
#Simpang Renggam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan