Polis Kuala Lumpur berjaya mematahkan satu sindiket penculikan warga asing selepas menembak mati dua lelaki warga asing.

Dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Mudun Batu 9, Cheras, kira-kira jam 1.35 pagi tadi, seorang lelaki warga Bangladesh berusia awal 30-an yang disyaki mangsa penculikan, berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Superintendan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sindiket terbabit disyaki aktif memburu mangsa di kalangan warga asing di sekitar Lembah Klang.

Dalam insiden berbalas tembakan itu, dua lelaki warga asing maut.

Hasil semakan, mangsa dipercayai diculik di kawasan Sentul pada Jumaat lalu.

Dia kemudian dibawa ke rumah terbabit untuk dikurung.

"Suspek berjaya ditumpaskan dan dia dipercayai merupakan suspek utama bagi sindiket penculikan melibatkan warga asing di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kes ini masih dalam siasatan lagi kerana kedua-dua suspek ini tidak mempunyai sebarang dokumen," jelas Ahmad Dzaffir.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.