awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/01/2021
07:46 MYT
Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai bersama sebahagian kenderaan hasil kecurian didalangi sindiket. - PDRM
KUALA LUMPUR:Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi ‘Geng Elango Magna’ akhirnya berjaya ditumpaskan polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, modus operandi mereka menyasarkan kawasan perumahan dan perindustrian sebelum kenderaan ditempatkan di kawasan terpencil.
“Suspek akan leraikan komponen kenderaan untuk dijual sebagai alat ganti dan kenderaan curi ditinggalkan bersama nombor pendaftaran. Kecurian melibatkan kenderaan yang banyak.
“Sebanyak 11 kenderaan secara keseluruhan berjaya dicuri bagi bulan Disember lalu sehingga Januari dan semua kenderaan curi mereka tidak tukar kepada nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika sidang medianya pada Selasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Menurutnya, terdapat dua tangkapan dibuat melibatkan suspek lelaki berusia 35 hingga 51 tahun menerusi risikan dan operasi Op Lejang di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.
Hasil siasatan turut mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk melibatkan kes dadah.
Selain itu, polis turut merampas beberapa buah kenderaan termasuk lori dan van dan juga peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan itu.
Jelas Beh Eng Lai, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah lebih daripada RM120,000.
Topic Berkaitan
#jenayah
#curi kenderaan
#sindiket
#Sentul
#Beh Eng Lai
#Elango Magna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan