awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2022
22:00 MYT
Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas
PDRM berjaya merampas sebanyak 4,980 karton rokok dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 4,980 karton rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.
Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.
"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Seremban yang menjadikan kediaman di kawasan perumahan sebagai stor penyimpanan.
"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai selama setahun dan menjadikan warga asing yang bekerja di tapak-tapak pembinaan sebagai pelanggan sasaran.
"Serbuan yang dijalankan berjaya merampas 4,980 karton atau 887,600 batang rokok pelbagai jenama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket terbabit dalam serbuan sekitar jam 4.45 petang itu.
Katanya, pasukan serbuan merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran rokok berkenaan.
"Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1,114,374.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#rokok seludup
#warga asing
#buruh binaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan