KUALA LUMPUR:Walaupun penguatkuasaan dan kawalan ketat dilakukan di sempadan negara, masih ada sindiket penyeludupan manusia sanggup mengambil risiko menceroboh masuk.
Terbaharu, seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.
"Operasi Benteng telah berjaya menahan 17 PATI dan dua tekong serta merampas tujuh kenderaan darat. (Selain itu) sebanyak 415 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Tambahnya, sebanyak 336 sekatan jalan raya dijalankan dibawah OP Penawar, OP Benteng PDRM (40) dan OP Benteng AKSEM (sembilan).
Katanya lagi, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram terutamanya melalui lorong tikus.
Fareez Azman
Sun Jan 17 2021

Sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI turut dirampas dalam OP Benteng. - Gambar fail

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Kedudukannya itu akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan kalangan pelabur.

Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera, selain menerima ugutan bunuh. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang, ibu negara, pada Selasa.

Air Kosong | KPDNHEP nafi tetapkan harga RM1 segelas
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) diadakan sejak 7 April lalu adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.

10 Berita Pilihan - (14 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Keputusan PKP Sarawak akan diketahui esok - Uggah
Ia setelah kenyataan berkenaan status PKP di Sarawak oleh MKN ditarik semula pada Rabu.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
Keputusan melaksanakan PKP itu dibuat ekoran berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan.

8 kawasan di Temerloh, Sandakan, Kota Belud dikenakan PKPD bermula esok
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 hingga 27 April 2021.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

PKPD di Kampung Meruntum, Putatan - Ismail Sabri
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah bermula esok sehingga 26 April depan.

Waktu operasi kedai makan dilanjutkan, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Ini lima perkara yang dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April 2021.