KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,421 kes melibatkan sindiket yang menyamar sebagai pegawai kerajaan melalui panggilan telefon dikesan sepanjang Januari hingga 15 September lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, nilai kerugian dianggarkan mencecah RM57.37 juta secara keseluruhan.
Katanya, sindiket tersebut akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah, kastam atau Kementerian Kesihatan melalui panggilan tersebut.
"Seterusnya, sindiket akan cuba menakutkan mangsa dengan memaklumkan penglibatan mangsa dalam siasatan kes jenayah, mangsa yang terpedaya kemudian diarah menyerahkan maklumat perbankan seperti kata laluan, ID Pengguna, nombor kad ATM, dan nombor TAC dengan alasan untuk siasatan pihak berkuasa.
"Mangsa juga diarahkan memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) yang kononnya milik pegawai Bank Negara untuk tujuan siasatan dan dijanjikan wang tersebut akan dikembalikan semula selepas beberapa hari.
"Mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas mendapati wang tersebut tidak dikembalikan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa tidak akan berurusan melalui panggilan telefon terutama melibatkan siasatan.
Jelasnya, Jabatan kerajaan khususnya polis hanya akan berhubung melalui telefon untuk membuat janji temu dan urusan lanjut dibuat di pejabat kerajaan yang berkaitan.
"Sebarang maklumat peribadi seperti kad pengenalan, nombor akaun, kata laluan perbankan atau jumlah wang di dalam akaun bank juga tidak akan diminta melalui panggilan telefon.
"Justeru, polis menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika berurusan melalui panggilan telefon," ujarnya.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi CCID Response Center di talian 03-26101559 / 1599.
Afiezy Azaman
Mon Sep 27 2021
Polis menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika berurusan melalui panggilan telefon. - Foto BERNAMA
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB
KDN tidak menolak sebarang kemungkinan kerana siasatan PDRM masih diteruskan daripada pelbagai sudut dan peruntukan undang-undang.
Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas.
PM seru jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara MADANI yang berpaksikan kepada kekuatan, semangat dan berjiwa Islam.
Kecekapan pegawai kerajaan perlu dipertingkat, elak kelewatan pelaksanaan projek - PM
Beliau menjelaskan, perkara itu penting bagi memastikan tidak ada projek-projek yang telah diluluskan lewat dilaksanakan.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
SPRM tahan pegawai kerajaan dipercayai terima rasuah untuk percepatkan bayaran kontraktor
Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk m
Program bahasa Korea IDFR perkukuh diplomasi budaya Korea Selatan-Malaysia
Kursus bahasa Korea yang kali pertama ditawarkan oleh IDFR, memberi peluang kepada pegawai dan diplomat kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Korea Selatan dan Malaysia.
United Kingdom haramkan pegawai kerajaan guna TikTok
Tindakan diambil kerana risau kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.
Ukraine larang pegawai kerajaan ke luar negara kecuali atas tugasan rasmi
Keputusan itu terpakai kepada semua pegawai kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan.
Rasuah projek penyelenggaraan babitkan RM300 juta, empat individu direman
Kesemua suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberikan keterangan.