KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan individu termasuk dua wanita di dua premis dalam satu serbuan di Petaling Jaya, Selangor pada 25 April lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai barang antaranya tujuh komputer riba, 11 telefon bimbit, sejumlah wang palsu mata wang dolar AS serta 10 replika jongkong emas.
"Hasil siasatan mendapati sindiket disyaki menjalankan kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian dengan menyasarkan warga tempatan.
"Premis terbabit telah dijadikan sebagai pusat khidmat pelanggan selain turut digunakan sebagai pusat pengiklanan dan promosi pelaburan menggunakan aplikasi TikTok," katanya dalam Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang ditahan berperanan selaku pengarah syarikat, pengurus, moderator, tenaga pengajar, penyunting dan "host live TikTok".
Beliau berkata sindiket mempromosikan urus niaga pasaran saham yang didakwa beroperasi di Hong Kong dan pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram.
"Mereka diajar untuk melakukan urus niaga jual beli saham berkenaan melalui laman web yang diberikan oleh pihak sindiket.
"Pihak polis percaya kegiatan ini telah aktif sejak Ogos tahun lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Ramli berkata, polis turut merampas pelbagai barang antaranya tujuh komputer riba, 11 telefon bimbit, sejumlah wang palsu mata wang dolar AS serta 10 replika jongkong emas. - Gambar fail
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta
Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Kontraktor wanita mengaku tidak bersalah tipu pelaburan RM202,430
Seorang kontraktor wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan menipu rakannya dengan tawaran pelaburan.
Ahli perniagaan menipu dijatuhi hukuman penjara 92 tahun, 44 sebatan
Tertuduh mengaku bersalah tipu 52 mangsa dalam pelaburan baja dan penamanan kelapa sawit.