awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU terima undangan sertai "Lembaga Keamanan" Gaza
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinergi erat kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT jayakan aspirasi RMK13 - Fadillah

Bernama
Bernama
20/08/2025
20:30 MYT
Sinergi erat kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT jayakan aspirasi RMK13 - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-86 di Bangunan Parlimen. - Foto Facebook Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Kejayaan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di peringkat kerajaan tempatan hanya dapat dicapai melalui sinergi erat antara kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook pada Rabu berkata kerajaan negeri perlu memperkukuh komitmen dalam pembangunan dasar dan kerangka undang-undang bagi memperkasakan PBT.
Beliau berkata PBT pula perlu menjadi pelaksana yang tangkas, inovatif dan berorientasikan rakyat dengan indikator kesejahteraan yang jelas.
Fadillah berkata sektor swasta dan komuniti akan terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan setempat.
"Saya yakin dengan semangat kebersamaan ini, bandar dan wilayah di Malaysia mampu menjadi pusat pertumbuhan mampan, inklusif dan sejahtera setanding negara maju. Peranan kerajaan tempatan adalah besar daripada akar umbi hingga ke puncak negara dalam menjayakan RMK13," katanya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-86 di Bangunan Parlimen di sini.
Mesyuarat berkenaan adalah selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan MNKT sebagai medium perundingan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai dasar serta undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#sinergi erat
#RMK13
#pihak berkuasa tempatan
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan