SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.
Beliau berkata demikian dalam kemas kini Facebooknya mengenai pertemuannya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.
Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura bermula Selasa atas undangan Lee.
"Gembira kami dapat bertemu secara bersemuka lagi kerana sempadan telah dibuka semula. Kami membincangkan perkembangan serantau dan mengenai bidang kerjasama yang boleh diperkukuhkan lagi antara Singapura dan Perak," tulis Lee.
Lee turut memuat naik gambar beliau dan Sultan Nazrin.
Turut serta dalam pertemuan itu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
"Kali terakhir kami bertemu pada 2019, ketika Sultan Nazrin melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS," tulis Lee.
Menurut Kementerian Luar Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
"Sultan Perak juga akan diberi taklimat mengenai Rancangan Hijau Singapura 2030," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022
Lee Hsien Loong berkongsi gambar beliau bersama Sultan Nazrin Shah di akaun Facebook miliknya. - Foto Facebook/Lee Hsien Loong
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.
PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa Pendakwa Raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap S Iswaran di mahkamah.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Malaysia, Singapura perkukuh jalinan ekonomi dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.
Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasrat untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.