awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura nafi lindung penyeleweng cukai

AFP
AFP
22/03/2013
07:35 MYT
Singapura nafi lindung penyeleweng cukai
Singapura hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah agensi pemberi maklumat antarabangsa bahawa bank negara itu melindungi pengelak cukai yang dikaitkan dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Sarawak.
Agensi terbabit, Global Witness yang berpusat di London sebelum ini telah menerbitkan sebuah video yang memaparkan seorang ahli perniagaan asing yang sedang berunding dengan seorang lelaki yang didakwa saudara dan peguam kepada ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Video itu hangat diperkatakan apabila seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai peguam keluarga Taib menggelar Singapura sebagai 'Switzerland baru' yang melindungi identiti pendeposit dari Malaysia.
Video sepanjang 16 minit itu juga mendakwa lelaki terbabit dan peguamnya mendapat tanah dengan harga murah dari kerajaan negeri, menjual syarikat hartanah kepada warga asing dan menjalankan transaksi di Singapura bagi mengelak cukai.
"Tuduhan tersebut tidak benar," menurut kenyataan Badan Kewangan Singapura dan Menteri Kewangan Singapura ke AFP.
"Malah ianya bertentangan dengan apa yang terdapat dalam video. Singapura menyediakan maklumat lengkap sebagaimana diminta Malaysia bagi tujuan percukaian. Kedua-dua negara ini mempunyai hubungan kerjasama yang baik dalam percukaian dan hubungan ini akan berterusan."
Jurucakap tersebut enggan memberi ulasan lanjut tetapi menyatakan "Singapura sememangnya sentiasa berusaha membendung pelbagai jenayah kewangan termasuk penggubahan wang haram, rasuah dan penipuan."
Video itu antara lain mendakwa Taib, 76, menguasai sumber kekayaan Sarawak selepas dilantik ketua menteri sejak 1981.
Namun beliau belum pernah didakwa atas sebarang tuduhan jenayah seperti yang cuba dipaparkan dalam video yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi itu.
AFP juga tidak dapat memastikan kesahihan video terbabit.
Baca juga reaksi SPRM :
http://www.astroawani.com/news/show/tindakan-akan-diambil-sprm-10354
Topic Berkaitan
#global witness
#Sarawak
#Singapura
#Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan