awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri akan lebih bijak kawal aplikasi, lakukan pelbagai tugasan pada iOS 18

Amanz
Amanz
31/05/2024
03:50 MYT
Siri akan lebih bijak kawal aplikasi, lakukan pelbagai tugasan pada iOS 18
Sebagai contoh ia boleh diarahkan untuk memindahkan kedudukan fail, memadam emel dan melakukan kesimpulan untuk dokumen tertentu. -Amanz
SIRI ialah pembantu maya terawal yang memberikan ciri kawalan telefon pintar menggunakan suara.
Semasa dilancarkan 12 tahun lalu, ia sebuah produk inovatif yang menyebabkan Google Assistant dan Samsung Bixby dibangunkan sebagai pesaing.
Tetapi sekarang harus diakui kemampuan Siri adalah di belakang Assistant, Bixby dan Alexa sehingga ramai pemilik peranti Apple jarang menggunakannya.
Ini akan berubah menerusi Siri yang akan dikuasakan oleh kemampuan AI menurut laporan Bloomberg.
Siri pada iOS 18 kelak akan lebih bijak mengawal aplikasi yang terpasang pada peranti. Sebagai contoh ia boleh diarahkan untuk memindahkan kedudukan fail, memadam emel dan melakukan kesimpulan untuk dokumen tertentu.
Pada peringkat permulaan, Siri hanya boleh melakukan satu tugasan sahaja.
Kemudian menerusi kemas kini ia boleh mengambil beberapa arahan serentak misalnya melakukan rumusan dokumen panjang dan kemudian menghantar rumusan ini dalam bentuk emel kepada rakan misalnya.
Lebih banyak ciri akan diperkenalkan ketika acara WWDC pada 11 Jun depan.
Sekiranya semua maklumat tertiris setakat ini adalah benar, 2024 akan menjadi tahun AI akhirnya digunakan oleh majoriti telefon mudah alih moden. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#siri
#pembantu maya
#Assistant Bixby dan Alexa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan