awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem cuaca tekanan rendah dijangka landa Pantai Timur Semenanjung

Bernama
Bernama
24/02/2022
22:00 MYT
Sistem cuaca tekanan rendah dijangka landa Pantai Timur Semenanjung
Hujan lebat dan angin kencang berkenaan, dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga 26 Feb. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sistem cuaca tekanan rendah dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu petang Jumaat, dan seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata hujan lebat dan angin kencang berkenaan, dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga 26 Feb, namun ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem ini untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.
"Sehubungan itu MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 26 Feb ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 8.30 malam ini.
BACA: Amaran hujan berterusan peringkat buruk sehingga 26 Feb - MetMalaysia
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang awam di kawasan terlibat untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobile myCuaca atau talian hotline MetMalaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#angin kencang
#MetMalaysia
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan