awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem dalam talian Labuan FSA alami insiden keselamatan siber

Bernama
Bernama
18/05/2023
04:03 MYT
Sistem dalam talian Labuan FSA alami insiden keselamatan siber
Labuan FSA telah mengambil langkah segera bagi melindungi sistemnya daripada diakses tanpa kebenaran dan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan. - Labuan FSA
LABUAN: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), badan kawal selia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Malaysia (IBFC) Labuan mengalami insiden keselamatan siber yang telah menjejaskan sistem dalam taliannya.
Menurut kenyataan dikeluarkan Labuan FSA hari ini, agensi di bawah Kementerian Kewangan (MoF) itu telah mengambil langkah segera bagi melindungi sistemnya daripada diakses tanpa kebenaran dan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan selain mengenal pasti kesan daripada insiden itu ke atas sistem berkenaan.
Ia juga telah melibatkan Mandiant, pakar keselamatan siber global terkemuka yang bekerja 24 jam dengan pasukan teknologi komunikasi maklumat dan vendor aplikasinya bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden keselamatan siber itu.
"Sebagai langkah keselamatan, buat sementara kami telah menghentikan operasi tertentu bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko selanjutnya, namun meneruskan operasi bagi menyokong pelanggan kami yang mengalami gangguan minimum," menurut kenyataan itu sambil menambah maklumat terkini mengenai situasi itu akan diberikan dari semasa ke semasa.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan FSA
#keselamatan siber
#Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Malaysia
#Mandiant
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan